Selasa, 30 Disember 2008

SETIAP PERTEMUAN PASTINYA ADA PERPISAHAN

Hari ini bermulanya episod baru dalam hidupku. Saya kini menjadi surirumah professional. Tidak lagi dateline yang menungguku. Yang ada hanyalah teriakan ibu..ibu..ibu.. Tiada lagi meeting yang perlu saya "attend". Yang ada hanyalah soalan "Bila kita nak pergi taman ibu?". Tiada lagi deringan telefon daripada vendor yang bertanyakan tentang payment mereka. Oooo leganya terasa seolah-olah sebahagian daripada bebanan di kepala ini hilang. Namun yang saya sedihkan kerana saya tidak sempat untuk menghulurkan tangan memohon ampun dan maaf kepada rakan2 sekerja terutamanya staff dibawah seliaan saya iaitu Sapri dan Bob. Kak Sarah memohon ampun dan maaf di atas segala silap dan salah kak Sarah. Kelemahan diri kak sarah sendiri yang menyebabkan Kak Sarah selalu marah-marah. Halalkan segala makan, minum dan kalau2 ada yang terhutang. Kak Sarah bersyukur ke hadrat Illah kerana telah dikurniakan 2 orang staff yang begitu dedikasi dan rajin seperti kamu berdua. Terima kasih banyak atas segala bantuan yang kamu berdua berikan didalam memastikan kak Sarah dapat menyiapkan tugasan-tugasan kak Sarah. Setiap pertemuan adanya perpisahan begitu juga dengan kita. Maaf kerana tak sempat nak belanja makan. Rezeki kak Sarah hanya setakat di sini sahaja. Kak Sarah doakan semoga kamu berdua sentiasa berada di bawah rahmat Allah s.w.t. dan dimurahkan rezeki. Kepada sahabat-sahabat yang lain yang saya tak sempat memohon ampun dan maaf diruang ini saya mengambil kesempatan andainya sepanjang persahabatan kita saya ada menguriskan hati mana-mana pihak. Almaklumlah mulut saya ini lebih laju daripada apa yang saya fikirkan setelah bercakap baru terfikir almak saya dah sakitkan hati orang. Hati saya pun cepat mengumpat orang. Maafkanlah kesalahan saya yang sentiasa menguris hati kalian semua, yang mengumpat kalian sama ada saya sedari ataupun tidak, yang meminjam duit kalian yang saya terlupa nak bayar halalkan yea. Apa yang saya termakan dan terminum juga mintak halalkan. Saya tujukan pada semua sahabat saya iaitu kak Liza, Hasman, Aziz, Syahrel, Mariam, Yan, Kak Ju, Effa, Kak Yati, Hilyah, Robayah, Ruby, Aida, Khalid, Eliza, Jamrin, Kak Majidah, Zairol, Abang Zul, Abang Hamdan, Shah,Abang Man Shamsudin,Abang Man Omar, Kak Aisyah, Aisah, Dayang, Kak Mas, Ramlah, Fiza, Kak Ani, Murniwati, Umi, Dzul, Encik Hamden, Apai, Kak Ton, Kak Mazidah, Shidah, Kak Atikah. Kepada sahabat-sahabat IT yang banyak membantu saya dapat menyiapkan tugasan seperti Encik Ku Abdullah, Ku Azhar, Zati, Kak Ros, Laila, Mela, Eliza, Isz,Kak Jas, Suhada, Azila, Wani, Hawa, Za, Nora, Wani, Aisah,Kak Niza, Jamilah, Awin, dan semuanya. Semoga persahabatan kita tidak akan terputus setakat ini. Kepada semua yang mengenali saya, ampun dan maaf saya pohonkan andainya saya juga ada menyakiti hati kalian....
Terima kasih di atas segala pertolongan kalian sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kenangan selama 9 tahun akan tetap terpahat di ingatan ini. Terima kasih......

Ahad, 30 November 2008

Tiada Alasan Untuk Tidak Membaca Al-Quran

Ceramah bertajuk Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Norazan amat menyentuh hatiku. Ini kerana aku merupakan hamba Allah yang boleh dikira dengan jari berapa kali aku membaca Al-Quran. Aku membaca apabila perlu sahaja contohnya bila ada kematian dan bila datangnya bulan Ramadhan itupun tak pernah khatam sehingga datangnya Ramadhan yang lain pula. Betapa malunya aku bila mengenangkan kelemahan diri ini. Sedangkan aku tahu bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah. Yang diturunkan melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bahkan Nabi sewaktu diturunkan wahyu pertama, beliau berumur 40 tahun. Beliau merupakan seorang yang buta huruf iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Sedangkan aku sudah berumur 33 tahun masih lagi tidak lancar membaca Al-Quran. Bila teringat ayat-ayat yang dibacakan oleh Ustaz Norazan hatiku menjadi sayu. Ini kerana ayat Al-Quran tersebut adalah adalah ayat yang cukup memberi impak kepada diriku yang jahil ini. Iaitu ayat yang mula sekali Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. adalah Surah Al-Alaq (ayat 1-5) yang bermaksud "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia (Allah) telah menciptakan manusia daripada seketul darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia (Allah) mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Ini jelas menunjukkan bahawa ayat di atas merupakan satu seruan untuk umat manusia belajar membaca Al-Quran supaya kita memperolehi ilmu yang kita tidak ketahui dan ilmu tersebut terkandung di dalam Al-Quran. Aku ini jahil tentang ilmu Allah bahkan ilmu dunia pula serba kekurangan tetapi tidak pernah cuba membaca Al-Quran saban hari. Justeru itu aku berazam untuk membaca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh untuk meningkat pretasi diriku.
Ayat yang kedua iaitu ayat Al-Muzzammil ayat 20 panjang ayatnya namun aku hanya memetik yang berkaitan dengan Al-Quran yang bermaksud "Allah mengetahui bahawa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran."
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa Allah menekankan kita untuk membaca Al-Quran dan Allah juga memberikan keringanan kepada kita untuk membaca mana-mana ayat daripada Al-Quran yang senang dan mudah untuk kita fahami. Tetapi aku bila baca Surah Al-Baqarah bermacam-macam alasan yang diberi seperti panjang lah nak baca. Padahal Allah telah pun memberikan kelonggaran untuk aku membaca mana-mana ayat yang mudah untuk diriku dan untuk aku amalkan. Malunya aku bila mengenangkan kelemahan diri ini sering memberi seribu satu macam alasan untuk tidak membaca Al-Quran.
Ayat yang ketiga adalah Surah Yunus ayat 16 yang bermaksud "Katakanlah: "Jikalau Allah menghendaki, niscaya aku tidak membacakannya kepadamu dan Allah tidak (pula) memberitahukannya kepadamu". Sesungguhnya aku telah tinggal bersammu beberapa lama sebelumnya. Maka apakah kamu tidak memikirkannya."
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk kita mengambil iktibar terhadap perkara yang telah berlaku sebelum penurunan Al-Quran, sewaktu penurunan Al-Quran dan peristiwa yang akan datang. Ini semua dicatatkan di dalam Al-Quran. Tetapi aku lebih senang memikirkan kata-kata orang daripada kata-kata Allah. Aku lebih berpegang kepada janji manusia daripada janji Allah. Seharusnya aku membuatkan hati untuk berpegang hanya kepada janji Allah. Alangkah malunya aku bila mengenangkan diri yang serba kekurangan ini. Aku seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dalam menjalani kehidupanku sehari-harian. Ya!Allah moga-moga aku tidak terlewat untuk menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidupku secara total.
Ayat ke4 pula adalah Surah Al-Furqaan ayat 30 yang bermaksud "Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan". Ini kena mengena dengan diriku yang memandang ringan dengan Al-Quran. Aku lebih menitik beratkan pandangan orang daripada pandangan Allah. Aku lebih bersandarkan pendapat orang daripada pendapat Allah. Ya!Allah moga-moga aku tidak terlewat untuk mengambil iktibar daripada Al-Quran. Moga-moga aku menjadi golongan yang memartabatkan Al-Quran sebagai pedoman kehidupanku sehari-harian. Al-Quran ini adalah mukjizat daripada Allah yang diperlihara sehingga ke hari kiamat. Hanya dengan memandang Al-Quran tanpa membacanya sudah dianggap ibadah. Apatah lagi bila membacanya pasti pahalanya berlimpah ruah bahkan kita akan mendapat suatu ketenangan dengan membaca Al-Quran.
Mulai hari ini, aku berazam untuk membaca Al-Quran dengan lancar dan memahami isi-kandungannya untuk dijadikan amalan dalam sehari-harian. Semoga Allah permudahkanku lidahku untuk lancar membaca kalimahNya dengan tajwid yang betul serta dapat memahami isi-kandungnya untuk menjadi insan yang solehah. Amin!Amin!Amin!.

Jumaat, 14 November 2008

Penyusuan Bayi Gaya Hidup Orang Islam

Aku ingin berkongsikan maklumat mengenai penyusuan ibu yang telah aku perolehi daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Harlina di pejabatku tempoh hari. Islam amat menitikberatkan mengenai penyusuan bayi berdasarkan kepada ayat Al-Quran Surah Al-Qashash ayat 7 yang bermaksud "Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.
Daripada ayat di atas jelas menunjukkan Islam amat menitikan beratkan mengenai penyusuan bayi.
Bahkan dalam Islam juga menegaskan bahawa orang/isteri yang menyusukan anak, suami wajib bayar upah penyusuan. Tetapi aku percaya semua isteri diluar sana rehda dengan tugas kita dalam menyusukan anak maka, kita tidak akan meminta upah daripada suami kita.
Hukum menyusukan anak adalah sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan. Tetapi sekiranya susu kita adalah masalah seperti susu kita dijangkiti kuman maka, dalam Islam dibolehkan untuk tidak menyusukan anak takut membahayakan bayi yang disusukan.
Hikmah penyusuan
1. Antibodi anak itu adalah kuat. Ini kerana susu ibu mengandungi segala khasiat
yang diperlukan untuk tumbesaran anak;
2. Susu formula cepat basahkan lampin pakai buang berbanding dengan susu ibu. Ini
kerana kandungan air di dalam susu ibu adalah sedikit dan susu tersebut senang
hadam. Dapat jimat lampin pakai buang;
3. Anak yang minum susu ibu jarang sembelit berbanding dengan susu formula;
4. Jimat beli susu formula dan juga mengurangkan aktiviti ibu bangun malam untuk
bancuh susu kerana bekalan susu sentiasa berada disisi sepanjang masa;
5. Anak yang minum susu formula badannya naik 1/2 kg setiap bulan, tetapi anak yang
minum susu formula berat badannya naik bergantung kepada berapa banyak susu
formula yang dia minum;
6. Dari segi kesihatan, susu awal lembu mengandungi 40X lebih protein daripada susu
ibu. Ini kerana apabila anak lembu lahir dia akan bangun dan melompat-lompat.
Oleh yang demikian, anak lembu tersebut memerlukan protein yang banyak untuk
menguatkan tulangnya. Tetapi apabila anak kita diberi susu lembu, buah pinggang
anak kita terpaksa berkerja keras untuk menapis lebihan potein yang tidak
diperlukan oleh badan. Oleh yang demikian anak-anak yang minum susu formula
buah pinggangnya akan rosak apabila mencapai umur 40 tahun;
7. Penyusuan bayi juga akan cepat mengecutkan rahim ibu. Ini kerana waktu kita
menyusukan bayi, rahim kita akan ikut mengecut berdasarkan kepada rentak bayi
tersebut minum susu ibu sekaligus ianya dapat menurunkan berat badan ibu
tersebut;
8. Penyusuan bayi juga dapat menjarakkan kelahiran. Berdasarkan kajian sekiranya
bayi tersebut menyusu penuh tanpa campur susu formula. Ianya dapat bertahan
selama 6 bulan kita dapat untuk menjarakkan kehamilan. Lebih 6 bulan adalah
sukar untuk menjarakkan kehamilan yang disebabkan oleh faktor pemakanan yang
telah mempengaruhi proses menjarakkan kehamilan;
9. Emotional bonding. Ini kerana apabila kita menyusukan anak kita kan mendakap
anak tersebut dekat dengan hati kita. Malahan sebagai ibu kita akan sanggup
korbankan makanan yang pedas,angin, perasaan marah dan lain-lain untuk
memastikan anak kita mendapat susu yang berkualiti. Betapa besarnya pengorbanan
seorang ibu. Kerana itulah Nabi kita menyuruh kita mentaati ibu selepas
mentaati Allah dan Rasul.

Sebagai ibu kita harus korbankan makanan, minuman, perasaan serta penglihatan kita. Ini kerana segala yang kita makan, minum, rasa dan lihat akan mengalir kedalam diri anak kita dan menjadi darah dagingnya. Sebagai contoh sekiranya kita menyusu anak dalam keadaan marah, susu kita akan kurang keluar. Tetapi sekiranya kita menyusukan anak sambil berzikir nescaya zikir tersebut akan meresap dalam susu kita. Secara tidak langsung ianya akan menjadikan anak kita anak yang soleh dan solehah. Kerana itulah Allah memberikan ganjaran yang besar kepada ibu-ibu yang menyusukan anaknya.

Syarat untuk menjadi anak susuan.

1. Budak tersebut perlulah dibawa umur 2 tahun;
2. Ianya perlu minum secara terus daripada payadara ibu susuan;
3. Ianya perlu mimum sehingga 1 kali kenyang - mahzab Hanafi dan 5 kali kenyang
syafie.

Sekiranya kita hendak menyusukan anak kita perlulah berniat dengan sepenuh hati dan berdoa kepada Allah. Ini kerana apabila kita telah setkan mind kita untuk menyusukan anak maka segala anggota badan kita akan berkerja untuk mencapai niat tersebut.

Ini ada kisah mengenai emotional bonding. Ianya berlaku di Sungai Ikan Terengganu.
Ada seorang ibu mengadu kepada ustaz mengenai anaknya lari daripada asrama dan ikut teman lelakinya. Ibu tersebut tidak mengetahui anaknya kemana. Ustaz tersebut bertanya "Makcik menyusukan anak makcik tak". "Ya" jawab makcik tersebut. Lalu Ustaz tersebut menyuruh makcik itu bangun malam dan buat sembahyang Hajat. Caranya seperti berikut:-
1. Mula sekali mandi Sunat Taubat;
2. Sembahyang Sunat Taubat 2 raakat untuk kembalikan diri kita kepada keadaan
fitrah iaitu suci bersih;
3. Solat Sunat Tahajud 2 rakaat;
4. Solat Sunat Hajat 2 rakaat. Lepas salam terus sujud dan berdoa antara ayatnya
adalah seperti berikut "Ya !Allah, Ya!Tuhanku aku telah menyusukan anak ku
sehingga susu tersebut mengalir menjadi darah ditubuh anakku, menjadi daging
yang meliputi seluruh tubuh-badannya dan susu tersebut mengalir kesegenap tubuh
badannya sehingga dia menjadi kuat dan cerdas Ya!Allah. Dengan yang demikikan
Ya!Allah kau kembalikanlah anakku kepada ku Ya!Allah. Lebih kurang begitulah
doanya.
Esok paginya anak makcik itu telah pun pulang. Lalu makcik itu pun membawa anaknya berjumpa dengan ustaz tersebut. Ustaz tersebut bertanya apa yang berlaku. Lalu anak itu menerangkan bahawa dia telah ikut teman lelakinya keluar daripada asrama dan tidur dirumah makcik teman lelakinya. Lebih kurang pukul 3 pagi, dia telah terbangun kerana terdengar seolah-olah emaknya sedang memanggil-manggil namanya sampai Subuh dia tak boleh tidur kerana asyik teringatkan emaknya. Lepas Solat Subuh dia pun ambil teksi dan balik ke rumahnya sejauh 40km. Inilah yang dipanggil special bonding dalam Islam.

Oleh yang demikian kepada bakal-bakal ibu tekadkan diri untuk menyusukan anak sepenuhnya. Nescaya Allah akan membantu kita untuk mencapai niat murni. Jangan sekali-kali memberi alasan susu kurang. Kita perlu yakin dan tawakal kepada Allah. Ini kerana tiada yang Allah jadikan itu sia-sia. Jadikanlah Laktasi sebagi gaya hidup orang Islam kerana pahalanya besar di sisi Allah.

Jumaat, 7 November 2008

PUDING KARAMEL

Banyak-banyak puding. Puding Karamel yang paling saya gemari.
Saya ingin berkongsi resepi puding karamel yang saya dapat daripada Cik Sarina iaitu officemate saya.
Rasanya enak, tidak terlalu manis dan tidak berbau hanyir telur.
Cara pembuatannya juga mudah.
Di sini saya sertakan bahan-bahan yang diperlukan serta cara-cara untuk membuatnya:-

Bahan-bahannya

100g gula
500 liter susu segar
3 biji telur
2 biji telur kuning sahaja
120 g gula castor
sedikit perasa asen vanilla

Cara-Caranya:-

1. Cairkan 100g gula dan tuangkan dalam acuan dan diketepikan. Sekiranya ingin dimasak dalam oven pembakar maka acuan tersebut hendaklah diletakkan di dalam dulang berisi air suam barulah boleh dibakar.
Gula tersebut bolehlah dikacau dengan batang aiskrim maka tak teruklah sewaktu membersihkan perkakasan. Pakai dan buang sahaja.
2. Panaskan susu segar dan diketepikan
3. Masukkan 3 biji telur, 2 biji telur kuning, 120g gula castor dan sedikit perasa asen vanilla lalu dipukul sehingga gula hancur
5. Masukkan susu segar yang telah dipanaskan ke dalam aduan tersebut
4. Tuangkan aduan tersebut di dalam acuan yang mengandungi 100g gula yang telah dicairkan terlebih dahulu sebentar tadi
5. Kemudian bakar aduan dalam oven 165 darjah selama 35-40 minit ataupun boleh dikukus selama 30 minit.

Selamat mencuba yea.

Khamis, 6 November 2008

LAMBAIAN KAABAH

Hari ini 6/11/2008, di tempat saya di adakan ceramah mengenai Ibadat Haji yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Abu Hassan Din.
Saya tertarik mengenai sejarah Ibadat Haji. Bermula daripada Wuquf di Arafah, Saie di Bukit Safa dan Marwah, Melontar di Jamrah Al-Ula, Al-Wusta dan Al-Aqabah dan juga tawaf di Baitullah.
Ibadat haji ini bermula daripada zaman Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim berasal dari Kampung Babil yang terletak di dalam negara Iraq. Beliau telah menyeru kaumnya untuk memeluk agama Islam namun mereka ingkar kepada seruannya lalu alu beliau pun berhijrah ke Palestin.
Di Palestin beliau telah berkahwin dengan Siti Sarah. Hampir 50tahun setelah berumahtangga, beliau masih lagi tidak dikurniakan zuriat namun beliau tidak berhenti-henti berdoa kepada Allah. Suatu malam ketika Nabi Ibrahim berdoa, terdengarlah Siti Sarah akan doa suaminya itu. Tahulah Siti Sarah bahawa Nabi Ibrahim benar-benar menginginkan seorang anak. Beliau pun merelakan Nabi Ibrahim berkahwin lagi.
Maka berkahwinlah Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar. Siti Hajar asalnya dari Mesir. Berkat kesungguhan doa Nabi Ibrahim, Allah telah mengurniakan seorang zuriat lelaki yang diberi nama Nabi Ismail. Melihat kelahiran Nabi Ismail telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Siti Sarah lalu beliau merayu kepada Nabi Ibrahim agar dibawa Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail jauh dari pandangan beliau.
Maka berdoalah Nabi Ibrahim agar diberi petunjuk tempat yang sesuai untuk diletakkan anak dan isterinya. Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim agar tidurlah dan serahkan perkara itu kepada Allah. Lalu Nabi Ibrahim pun menunggang unta bersama dengan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail. Selama 40 hari unta berjalan tanpa berhenti sehinggalah sampai di Mekah berhentilah unta tersebut. Tahulah Nabi Ibrahim inilah tempat yang dikehendaki oleh Allah untuk menempatkan isteri dan anaknya.
Ketika Nabi Ibrahim bertolak hendak meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail untuk pulang ke Palestin. Berkejarlah Siti Hajar ke sisi Nabi Ibrahim dan bertanya kepada suaminya "Kepada siapakah kami hendak ditinggalkan kerana tiada seorang pun disini yang ada hanyalah padang pasir". Lalu jawab Nabi Ibrahim "Kepada Allah". Allah telah merakam kata-kata Nabi Ibrahim dalam surah Ibrahim ayat 37 yang bermaksud "Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikan hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezeki kepada mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.
Maka redha Siti Hajar apabila mendengar kata-kata suaminya. Bertolaklah Nabi Ibrahim ke Palestin. Saie bermula daripada perbuatan Siti Hajar mencari-cari air untuk anaknya Nabi Ismail yang menangis kerana kelaparan. Berlarilah Siti Hajar dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, Bukit Marwah ke Bukit Safa semula sebanyak 7X semata-mata untuk mencari air buat anaknya Nabi Ismail. Ditakdirkan Allah keluarlah air dari bawah tapak kaki Nabi Ismail lalu berkatalah Siti Hajar "Zam-Zam" yang bererti berkumpul.
Beberapa tahun kemudian apabila Nabi Ismail telah baligh barulah Nabi Ibrahim datang semula ke Mekah untuk mencari isteri dan anaknya yang telah lama ditinggalkan. Namun keadaan di Mekah telah jauh berbeza daripada asalnya. Ini menyebabkan Nabi Ibrahim berhenti di Arafah untuk memikirkan arah mana beliau telah lalui sewaktu datang meninggalkan isteri dan anaknya. Setelah meningati arah tersebut menjelang malam barulah beliau bertolak semula. Di sini rukun haji iaitu Wuquf di Arafah bermula iaitu berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dari gelincir matahri hari kesembilan Zulhijjah hingga terbit fajar hari yang kesepuluh Zulhijjah.
Maka berjumpalah Nabi Ibrahim dengan isteri dan anak yang telah lama ditinggalkan. Pada malam pertama Nabi Ibrahim tidur beliau telah bermimpi yang beliau telah menyembelih Nabi Ismail. Selama 3 malam berturut-turut beliau bermimpi mimpi yang sama lalu berkatalah Nabi Ibrahim kepada Nabi Ismail "Wahai anakku, aku telah bermimpi yang aku telah menyembelihmu. Apakah pendapatmu mengenai perkara ini?. Berkata Nabi Ismail "Sekiranya ayah yakin itu perintah Allah maka laksanakanlah ia dan aku akan termasuk dalam golongan yang sabar". Walaupun ibadat korban tidak ada kena mengena dengan ibadat haji tapi sejarahnya berkaitan.
Apabila Siti Hajar mengetahui bahawa Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya maka merayulah Siti Hajar agar Nabi Ismail ini dibawa jauh dari baitullah. Ini supaya sewaktu upacara penyembelihan dilakukan nanti beliau tidak akan mendengar jeritan Nabi Ismail. Maka Nabi Ibrahim pun membawa Nabi Ismail ke Mina untuk dilakukan penyembelihan. Sepanjang perjalanan menuju ke Mina syaitan cuba menghasut Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail agar tidak melakukan penyembelihan tersebut. Tempat pertama syaitan cuba menghasut adalah di Jamrah Al-Ula, lalu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pun mengambil batu dan melontarkan kepada syaitan tersebut. Tempat kedua pula adalah di Jamrah Al-Wusta lagi sekali Nabi Ibrahim mengambil batu dan melontarkan kepada syaitan. Akhir sekali di Jamrah Al-'Aqabah di situ jugalah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membaling batu ke arah syaitan. Tujuan melontar batu tersebut adalah hendak menghalang syaitan daripada menghasut mereka daripada melakukan perintah Allah. Begitulah sejarah melontar bermula dengan Jamrah Al-Ula, diikuti dengan Jamrah Al-Wusta dan akhiri sekali Jamrah Al-'Aqabah. Sebagai ganti ke atas kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah, Allah telah menggantikan kibas daripada syurga sebagai ganti Nabi Ismail.
Rukun Tawaf pula bermula apabila Allah memerintahkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail meninggikan dinding Kaabah. Lalu Nabi Ibrahim telah naik ke atas batu yang boleh turun dan naik dengan sendiri seperti "forklift" untuk mengangkat Nabi Ibrahim ke atas dan ke bawah. Batu tersebut dipanggil "Makam Ibrahim" dan boleh dilihat di Mekah. Ianya merupakan salah satu mukjizat yang masih dapat kita saksikan sehingga ke hari ini. Setelah selesai Nabi Ibrahim membina dinding tersebut, maka Nabi Ibrahim pun pusing 7 kali untuk memastikan bahawa kaabah telah dibina dengan sempurna.
Begitulah cerita serba-sedikit mengenai sejarah haji. Ternyata haji ini lahir daripada kesusahan yang dialami oleh Nabi Ibrahim yang diuji oleh Allah untuk mengetahui kesabarannya begitu juga Siti Hajar dan Nabi Ismail. Sesungguhnya tujuan kita pergi haji adalah untuk memperolehi pahala sebanyaknya dan menghapuskan segala dosa agar kita balik ke fitrah asal iaitu suci daripda dosa. Oleh yang demikian moga-moga kita akan dapat menghayati ibadat haji dengan sempurna bila kita telah mengetahui tentang sejarahnya. Kepada semua bakal jemaah haji moga-moga tuan/puan akan beroleh Haji Mabrur. Kepada yang belum pergi, bulatkanlah tekad untuk menunaikan haji di Mekah, nescaya Allah akan permudahkan. Insya-Allah.

Jumaat, 31 Oktober 2008

Lasagne Lazatnya

Resipi lasagne ini saya dapat daripada bekas bos saya iaitu Encik Abdul Latif Bujang Masli. Masakan yang dimasak oleh isteri beliau. Rasanya sedap sebab ianya ada taste orang melayu dan tidak begitu kebaratan. Sampai saya pun kata lasagne yang lazat. Ini kerana saya kurang suka makan lasagne namun bila saya rasa masakan isteri beliau saya rasa ianya begitu hebat. Cubalah sekali pasti nak lagi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Lasagne.

Bahan - bahannya

8 kpg lasagna
50 gm keju parmesan / keju cheddar (diparut)

Bahan sos daging

3 sudu minyak
1 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
400 bm daging cincang
410 gm tomato kisar
450 ml air
1 kuib stok daging
2 sudu tomatio puri
1 sudu oregano
Gula, garam , serbuk lada hitam secukup rasa

Bahan sos putih

60 gm butter
60 gm tepung gandum
600 ml susu segar / uht milik
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Cara-caranya

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
2. Masukkan daging, tomato kisar, air, kiub daging dan puri tomato
3. Masak dengan api sederhana hingga daging empok dan kuah pekat.
4. Masukkan lada hitam, gula (lebih sedikit untuk kurangkan masam tomatio puri)
dan garam kemudian angkat dan ketepikan
5. Untuk sos putih, cairkan butter dan masukkan tepung dan kacau dengan ballon
whisk (pemukul telur) selama seminit dua hingga permukaannya berbuih halus.
6. Tuangkan susu dan sentiasa kacau hingga sos pekat.
7. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian diangkat.
8. Ratakan sos daging dan sedikit sos putih di dalam bekas dan susun lasagna di
atasnya.
9. Ulangi proses di atas sehingga 3 lapisan lasagna.
10. Lapisan atas sekali ialah sos daging dan sos putih. Taburkan sedikit keju
parmesan (sekiranya memakai keju parmesan ianya boleh ditarik seperti pizza)
atau cheddar.
11. Bakar dengan suhu 190c selama 40 minit atau sehingga perang atasnya.


NOTA PENTING

Lasagne hendaklah di rebus sehingga sedikit lembut. Proses merebus lasagne hendaklah dilakukan dengan memasukkan lasagne ke dalam air menggelegak yang dicampur sedikit minyak masak. (Bagi tujuan supaya lasagne tu nampak berkilat) dan jumlah yang akan direbus pada satu-satu masa cuma 3-4 keping bergantung kepada saiz periuk. Kalau terlalu banyak lasagne akan melekat sesama sendiri.

Sos daging juga hendaklah jangan terlalu pekat untuk membantu proses memasak lasagne.

Saya pasti ianya akan menjadi makanan kesukaan anda sekeluarga. Selamat mecuba.

TIDUR

Tidur ada yang membawa kebaikan ada juga yang membawa keburukan. Banyak tidur boleh mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan cepat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang bermanfaat, ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Tidur yang bermanfaat adalah tidur ketika diperlukan. Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Dibimbangi tertinggal waktu sembahyang subuh kerana tidur lewat malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di waktu pagi atau waktu petang. Tidur pada tengah hari amat digalakkan walaupun sekejap kerana dapat memberikan kesegaran pada badan. Tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari adalah tidak digalakkan kerana waktu itu adalah waktu awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibahagi-bahagikan rezeki, saat diberikan barakah. Begitu juga tidur waktu petang tidak digalakkan boleh menyebabkan cepat lupa serta malas.