Khamis, 3 Jun 2010

MERDEKA!MERDEKA!!!


Lega rasanya hatiku ini. Manakan tidak. Anak-anakku sudah pun habis menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Zaman sekarang nie anak nak periksa ibu pun yang risau. Namun hatiku nie tak henti-henti rasa berdebar menunggu keputusan peperiksaan. Apa yang aku perlu adalah adanya peningkatan di dalam peperiksaan anak-anakku. Alhamdulilah buat anakku yang sulung ternyata ada peningkatan yang cukup bagus. Keputusan sekolah agamanya sudah diketahui. Anakku mendapat tempat ke 2 berbanding dengan ujian bulan lepas. Itu sudah cukup bagus untukku. Bahkan dia pun mendapat Fekah 100%. Ini mungkin berkat adanya buku "Indahnya Hidup Bersyariat". Aku gunakan buku itu untuk menguji tahap kefahaman anakku. Ternyata Hidayah boleh menjawab dengan betul. Sebelum ini Hidayah hanya dapat 84% sahaja untuk Fekah. Kini 100%. Sudah bertambah bagus anakku. Menjadi better and better. Aku rasa amat berbaloi membeli buku ini ternyata ianya berguna untuk seisi keluarga.
Kini hatiku berdebar menunggu keputusan sekolah kebangsaan pula. Tunggu lepas cuti baru dapat keputusan. Namun matapelajaran Matematik telah pun diketahui. Hidayah mendapat 91%. Alhamdulilah. Ujian bulan lepas mendapat 84%. Berbaloi usahaku selama ini. Aku menemani waktu mengulangkaji pelajaran. Beruntung anak-anak sekarang. Ibu belajar bersama-sama untuk memastikan kejayaan anak-anaknya. Semoga sekolah kebangsaan pun ada peningkatannya.
divIman pun masih juga tidak mendapat keputusan periksa untuk sekolah tadikanya. Namun cikgunya menyatakan Iman mendapat 100% untuk matematik. Sekolahnya menggunakan kaedah "Mental Arithmetic". Bagus betul kaedah itu. Ini kerana itulah yang aku ajar untuk anakku Nurul Hidayah. Ya! Allah semoga kau memberi kejayaan kepada anak-anakku. Kejayaan di dunia mahupun di akhirat....
div>

Rabu, 26 Mei 2010

MINGGU PEPERIKSAAN




Minggu ini minggu yang paling sibuk buat aku. Almaklumlah kedua-dua anakku iaitu yang Nurul Hidayah - yang sulung darjah tiga manakala adiknya Iman sofiyah - enam tahun sekolah tadika akan menghadapi peperiksaan.
Yang sulung menghadapi dua peperiksaan sekaligus. Alhamdulilah ianya tidak jatuh dalam minggu yang sama. Minggu pertama sekolah agama manakala minggu berikutnya sekolah kebangsaan pula. Jadi dapatlah anakku seimbangkan antara sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Aku bercadang hendak memberi sepenuh tumpuan pada anakku yang sulung. Namun yang nombor dua ini pun bersungguh-sungguh hendak belajar. Nak dapat nombor satu katanya. Jadi dua-dua pun aku ajar. Yang tak laratnya sebab yang kecil sekali pun nak belajar sama.
Ini kerana dua-dua minggu ini adalah minggu larangan menonton TV. Yang kecil tulah menjadi mangsa keadaan. "Tak boleh tengok tv yea ibu" 'Ya' jawabku. "Kakak periksa yea" katanya lagi. 'Ya' jawabku lagi. Dia pun diam dan terus mewarna buku warnanya.
Disebabkan selalu membuat latihan mewarna menyebabkan anakku menang nombor dua dalam pertandingan mewarna.
Seronok dan macam tak percaya pun aku bila dia menang tempat kedua. Kerana dia baru berumur tiga tahun lebih tapi dah menunjukkan kesungguhan dalam membuat sesuatu kerja. Barangkali disebabkan namanya Amal Nadhirah iaitu amalan. Itulah tanggungjawab setiap ibubapa iaitu memberikan nama yang baik untuk setiap anaknya yang lahir. Indahnya Islam nama anak pun penting dalam mencorak kehidupannya bahkan dituntut agar ibu itu menyusukan anaknya.
Aku teringat ceramah ustazah Asni Mansor mengenai susu ibu. Waktu ibu nabi kekeringan susu ibu mereka usaha untuk mencari ibu susuan. Padahal zaman itu ada susu kambing dan juga susu unta. Namun susu manusia juga yang dicarinya. Ini kerana mereka hendak DNA manusia didalam badan manusia bukannya DNA binatang. Kerana itulah budak-budak zaman sekarang perangai lain macam kerana adanya campuran DNA.
Bila ku fikir-fikirkan balik betul juga kata. Oleh itu kepada semua para ibu di luar sana cubalah menyusukan anak-anak sendiri kerana nikmat menyusu anak itu adalah satu anugerah daripada Allah. Pakat-pakatlah kita menyusukan anak yea. Jimat belanja suami pun suka... Buatlah pelaburan untuk kebaikan masa hadapan dengan membeli pemerah susu "spectra" untuk ibu-ibu yang bekerja. Bagi bapa-bapa pula hadiahkan ibu itu pemerah susu ianya lebih berharga daripada gelang ataupun rantai emas. Saya salah seorang pengguna dan juga penjual "spectra". Boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Jumaat, 29 Januari 2010

Masih Ada Sinar


Apa yang ingin ku nyatakan di sini adalah mengenai sikap manusia dalam menghadapi setiap dugaan dan juga ujian Allah. Sesungguhnya apabila kita diuji Allah dengan kekayaan, pangkat, harta dan segala kemewahan. Kita menyatakan sesungguhnya Allah meredhai kita, namun apabila kita diuji dengan kesusahan, dukacita, kesakitan, kematian dan segala macam kesulitan kita menyatakan Tuhan tidak lagi menyayangi kita.... Sesungguhnya tanggapan kita salah. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian)". Ini jelas menunjukkan bahawa Allah menafikan anggapan tersebut. Tetapi kita manusia sentiasa lupa malahan kita sering menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Ini disebabkan sikap gelojoh kita sendiri.....
Rasulullah SAW ada menjelaskan yang bermaksud : “Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahan ia bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”
Aku tertarik dengan ini kerana aku menonton Oprah the best of life.... Menceritakan mengenai manusia yang hidup lebih teruk habis seluruh badannya terbakar seorang perempuan. Tetapi beliau yakin ada sinar yang menanti di setiap penghujung jalan. Bahkan dia menikmati setiap saat yang dia ada dan membenarkan dirinya menangisi keadaan dirinya hanya untuk 5 saat. Padahal mereka semua bukannya Islam.... Namun keyakinan wanita itu lebih hebat daripada diriku nie sebagai seorang Muslim.....
Doa ini sering ku titipkan saban waktu semoga aku bisa menjadi manusia yang redha dengan ujiannya..
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”.
Andainya kita semua ada masa maka hayatilah hadis Nabi s.a.w. ini dan sentiasalah menghitung diri kita dimana tahap kita dan apakah kita layak untuk mendapat keredhaan Allah. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas sewaktu masih kecil: Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah. Ya!Allah permudahkanlah aku agar aku bisa menjagamu.

Rabu, 27 Januari 2010

Barbie dah Tak Seglamor Dulu



Saya tertarik untuk bercerita tentang perkembangan fesyen budak-budak sekarang. Dulu anak saya minat dengan beg sekolah dan apa-apa barang yang relate dengan Barbie. Sekarang nie minat mereka telah beralih-arah kepada MorGirls. Daripada Begnya sehinggalah ke pensel casenya semuanya MorGirls... Pursenya sahaja saya belum beli MorGirls almaklumlah ibunya tidak berkerja.
MorGirls ini terdiri daripada Alicia, Alina, Amelia and Anna. 4 orang gadis remaja yang berkecimpung dalam muzik. Ianya menjadi kesukaan anak-anak gadis saya. Pasti kerana warnanya iaitu merah jambu, hitam dan putih. Lepas tu ada warna kilat sedikit. Itu yang menjadi tarikan utamanya.
Kini Barbie bukan lagi kegilaan budak-budak perempuan untuk dibawa ke sekolah. MorGirl ini seolah-olah satu fenomena baru dalam dunia fesyen kanak-kanak sekolah rendah. Mereka lebih meminati MorGirl berbanding dengan Barbie.
Anak saya yang umur 6 dan 4 tahun pun nak mintak handbag MorGirl untuk dipakai raya nanti.... Tunggulah yea sayang bila ibu dapat rezeki lebih pasti ibu belikan yea....
Saya belikan beg itu tanda penghargaan kepada anak saya kerana dapat nombor 3 di sekolah agama dan ada peningkatan dalam pelajarannya di sekolah kebangsaan. Semoga anakku terus berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam pelajarannya.