Rabu, 26 Mei 2010

MINGGU PEPERIKSAAN




Minggu ini minggu yang paling sibuk buat aku. Almaklumlah kedua-dua anakku iaitu yang Nurul Hidayah - yang sulung darjah tiga manakala adiknya Iman sofiyah - enam tahun sekolah tadika akan menghadapi peperiksaan.
Yang sulung menghadapi dua peperiksaan sekaligus. Alhamdulilah ianya tidak jatuh dalam minggu yang sama. Minggu pertama sekolah agama manakala minggu berikutnya sekolah kebangsaan pula. Jadi dapatlah anakku seimbangkan antara sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Aku bercadang hendak memberi sepenuh tumpuan pada anakku yang sulung. Namun yang nombor dua ini pun bersungguh-sungguh hendak belajar. Nak dapat nombor satu katanya. Jadi dua-dua pun aku ajar. Yang tak laratnya sebab yang kecil sekali pun nak belajar sama.
Ini kerana dua-dua minggu ini adalah minggu larangan menonton TV. Yang kecil tulah menjadi mangsa keadaan. "Tak boleh tengok tv yea ibu" 'Ya' jawabku. "Kakak periksa yea" katanya lagi. 'Ya' jawabku lagi. Dia pun diam dan terus mewarna buku warnanya.
Disebabkan selalu membuat latihan mewarna menyebabkan anakku menang nombor dua dalam pertandingan mewarna.
Seronok dan macam tak percaya pun aku bila dia menang tempat kedua. Kerana dia baru berumur tiga tahun lebih tapi dah menunjukkan kesungguhan dalam membuat sesuatu kerja. Barangkali disebabkan namanya Amal Nadhirah iaitu amalan. Itulah tanggungjawab setiap ibubapa iaitu memberikan nama yang baik untuk setiap anaknya yang lahir. Indahnya Islam nama anak pun penting dalam mencorak kehidupannya bahkan dituntut agar ibu itu menyusukan anaknya.
Aku teringat ceramah ustazah Asni Mansor mengenai susu ibu. Waktu ibu nabi kekeringan susu ibu mereka usaha untuk mencari ibu susuan. Padahal zaman itu ada susu kambing dan juga susu unta. Namun susu manusia juga yang dicarinya. Ini kerana mereka hendak DNA manusia didalam badan manusia bukannya DNA binatang. Kerana itulah budak-budak zaman sekarang perangai lain macam kerana adanya campuran DNA.
Bila ku fikir-fikirkan balik betul juga kata. Oleh itu kepada semua para ibu di luar sana cubalah menyusukan anak-anak sendiri kerana nikmat menyusu anak itu adalah satu anugerah daripada Allah. Pakat-pakatlah kita menyusukan anak yea. Jimat belanja suami pun suka... Buatlah pelaburan untuk kebaikan masa hadapan dengan membeli pemerah susu "spectra" untuk ibu-ibu yang bekerja. Bagi bapa-bapa pula hadiahkan ibu itu pemerah susu ianya lebih berharga daripada gelang ataupun rantai emas. Saya salah seorang pengguna dan juga penjual "spectra". Boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.