Jumaat, 14 November 2008

Penyusuan Bayi Gaya Hidup Orang Islam

Aku ingin berkongsikan maklumat mengenai penyusuan ibu yang telah aku perolehi daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Harlina di pejabatku tempoh hari. Islam amat menitikberatkan mengenai penyusuan bayi berdasarkan kepada ayat Al-Quran Surah Al-Qashash ayat 7 yang bermaksud "Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.
Daripada ayat di atas jelas menunjukkan Islam amat menitikan beratkan mengenai penyusuan bayi.
Bahkan dalam Islam juga menegaskan bahawa orang/isteri yang menyusukan anak, suami wajib bayar upah penyusuan. Tetapi aku percaya semua isteri diluar sana rehda dengan tugas kita dalam menyusukan anak maka, kita tidak akan meminta upah daripada suami kita.
Hukum menyusukan anak adalah sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan. Tetapi sekiranya susu kita adalah masalah seperti susu kita dijangkiti kuman maka, dalam Islam dibolehkan untuk tidak menyusukan anak takut membahayakan bayi yang disusukan.
Hikmah penyusuan
1. Antibodi anak itu adalah kuat. Ini kerana susu ibu mengandungi segala khasiat
yang diperlukan untuk tumbesaran anak;
2. Susu formula cepat basahkan lampin pakai buang berbanding dengan susu ibu. Ini
kerana kandungan air di dalam susu ibu adalah sedikit dan susu tersebut senang
hadam. Dapat jimat lampin pakai buang;
3. Anak yang minum susu ibu jarang sembelit berbanding dengan susu formula;
4. Jimat beli susu formula dan juga mengurangkan aktiviti ibu bangun malam untuk
bancuh susu kerana bekalan susu sentiasa berada disisi sepanjang masa;
5. Anak yang minum susu formula badannya naik 1/2 kg setiap bulan, tetapi anak yang
minum susu formula berat badannya naik bergantung kepada berapa banyak susu
formula yang dia minum;
6. Dari segi kesihatan, susu awal lembu mengandungi 40X lebih protein daripada susu
ibu. Ini kerana apabila anak lembu lahir dia akan bangun dan melompat-lompat.
Oleh yang demikian, anak lembu tersebut memerlukan protein yang banyak untuk
menguatkan tulangnya. Tetapi apabila anak kita diberi susu lembu, buah pinggang
anak kita terpaksa berkerja keras untuk menapis lebihan potein yang tidak
diperlukan oleh badan. Oleh yang demikian anak-anak yang minum susu formula
buah pinggangnya akan rosak apabila mencapai umur 40 tahun;
7. Penyusuan bayi juga akan cepat mengecutkan rahim ibu. Ini kerana waktu kita
menyusukan bayi, rahim kita akan ikut mengecut berdasarkan kepada rentak bayi
tersebut minum susu ibu sekaligus ianya dapat menurunkan berat badan ibu
tersebut;
8. Penyusuan bayi juga dapat menjarakkan kelahiran. Berdasarkan kajian sekiranya
bayi tersebut menyusu penuh tanpa campur susu formula. Ianya dapat bertahan
selama 6 bulan kita dapat untuk menjarakkan kehamilan. Lebih 6 bulan adalah
sukar untuk menjarakkan kehamilan yang disebabkan oleh faktor pemakanan yang
telah mempengaruhi proses menjarakkan kehamilan;
9. Emotional bonding. Ini kerana apabila kita menyusukan anak kita kan mendakap
anak tersebut dekat dengan hati kita. Malahan sebagai ibu kita akan sanggup
korbankan makanan yang pedas,angin, perasaan marah dan lain-lain untuk
memastikan anak kita mendapat susu yang berkualiti. Betapa besarnya pengorbanan
seorang ibu. Kerana itulah Nabi kita menyuruh kita mentaati ibu selepas
mentaati Allah dan Rasul.

Sebagai ibu kita harus korbankan makanan, minuman, perasaan serta penglihatan kita. Ini kerana segala yang kita makan, minum, rasa dan lihat akan mengalir kedalam diri anak kita dan menjadi darah dagingnya. Sebagai contoh sekiranya kita menyusu anak dalam keadaan marah, susu kita akan kurang keluar. Tetapi sekiranya kita menyusukan anak sambil berzikir nescaya zikir tersebut akan meresap dalam susu kita. Secara tidak langsung ianya akan menjadikan anak kita anak yang soleh dan solehah. Kerana itulah Allah memberikan ganjaran yang besar kepada ibu-ibu yang menyusukan anaknya.

Syarat untuk menjadi anak susuan.

1. Budak tersebut perlulah dibawa umur 2 tahun;
2. Ianya perlu minum secara terus daripada payadara ibu susuan;
3. Ianya perlu mimum sehingga 1 kali kenyang - mahzab Hanafi dan 5 kali kenyang
syafie.

Sekiranya kita hendak menyusukan anak kita perlulah berniat dengan sepenuh hati dan berdoa kepada Allah. Ini kerana apabila kita telah setkan mind kita untuk menyusukan anak maka segala anggota badan kita akan berkerja untuk mencapai niat tersebut.

Ini ada kisah mengenai emotional bonding. Ianya berlaku di Sungai Ikan Terengganu.
Ada seorang ibu mengadu kepada ustaz mengenai anaknya lari daripada asrama dan ikut teman lelakinya. Ibu tersebut tidak mengetahui anaknya kemana. Ustaz tersebut bertanya "Makcik menyusukan anak makcik tak". "Ya" jawab makcik tersebut. Lalu Ustaz tersebut menyuruh makcik itu bangun malam dan buat sembahyang Hajat. Caranya seperti berikut:-
1. Mula sekali mandi Sunat Taubat;
2. Sembahyang Sunat Taubat 2 raakat untuk kembalikan diri kita kepada keadaan
fitrah iaitu suci bersih;
3. Solat Sunat Tahajud 2 rakaat;
4. Solat Sunat Hajat 2 rakaat. Lepas salam terus sujud dan berdoa antara ayatnya
adalah seperti berikut "Ya !Allah, Ya!Tuhanku aku telah menyusukan anak ku
sehingga susu tersebut mengalir menjadi darah ditubuh anakku, menjadi daging
yang meliputi seluruh tubuh-badannya dan susu tersebut mengalir kesegenap tubuh
badannya sehingga dia menjadi kuat dan cerdas Ya!Allah. Dengan yang demikikan
Ya!Allah kau kembalikanlah anakku kepada ku Ya!Allah. Lebih kurang begitulah
doanya.
Esok paginya anak makcik itu telah pun pulang. Lalu makcik itu pun membawa anaknya berjumpa dengan ustaz tersebut. Ustaz tersebut bertanya apa yang berlaku. Lalu anak itu menerangkan bahawa dia telah ikut teman lelakinya keluar daripada asrama dan tidur dirumah makcik teman lelakinya. Lebih kurang pukul 3 pagi, dia telah terbangun kerana terdengar seolah-olah emaknya sedang memanggil-manggil namanya sampai Subuh dia tak boleh tidur kerana asyik teringatkan emaknya. Lepas Solat Subuh dia pun ambil teksi dan balik ke rumahnya sejauh 40km. Inilah yang dipanggil special bonding dalam Islam.

Oleh yang demikian kepada bakal-bakal ibu tekadkan diri untuk menyusukan anak sepenuhnya. Nescaya Allah akan membantu kita untuk mencapai niat murni. Jangan sekali-kali memberi alasan susu kurang. Kita perlu yakin dan tawakal kepada Allah. Ini kerana tiada yang Allah jadikan itu sia-sia. Jadikanlah Laktasi sebagi gaya hidup orang Islam kerana pahalanya besar di sisi Allah.

Tiada ulasan: