Jumaat, 31 Oktober 2008

Lasagne Lazatnya

Resipi lasagne ini saya dapat daripada bekas bos saya iaitu Encik Abdul Latif Bujang Masli. Masakan yang dimasak oleh isteri beliau. Rasanya sedap sebab ianya ada taste orang melayu dan tidak begitu kebaratan. Sampai saya pun kata lasagne yang lazat. Ini kerana saya kurang suka makan lasagne namun bila saya rasa masakan isteri beliau saya rasa ianya begitu hebat. Cubalah sekali pasti nak lagi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Lasagne.

Bahan - bahannya

8 kpg lasagna
50 gm keju parmesan / keju cheddar (diparut)

Bahan sos daging

3 sudu minyak
1 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
400 bm daging cincang
410 gm tomato kisar
450 ml air
1 kuib stok daging
2 sudu tomatio puri
1 sudu oregano
Gula, garam , serbuk lada hitam secukup rasa

Bahan sos putih

60 gm butter
60 gm tepung gandum
600 ml susu segar / uht milik
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Cara-caranya

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
2. Masukkan daging, tomato kisar, air, kiub daging dan puri tomato
3. Masak dengan api sederhana hingga daging empok dan kuah pekat.
4. Masukkan lada hitam, gula (lebih sedikit untuk kurangkan masam tomatio puri)
dan garam kemudian angkat dan ketepikan
5. Untuk sos putih, cairkan butter dan masukkan tepung dan kacau dengan ballon
whisk (pemukul telur) selama seminit dua hingga permukaannya berbuih halus.
6. Tuangkan susu dan sentiasa kacau hingga sos pekat.
7. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian diangkat.
8. Ratakan sos daging dan sedikit sos putih di dalam bekas dan susun lasagna di
atasnya.
9. Ulangi proses di atas sehingga 3 lapisan lasagna.
10. Lapisan atas sekali ialah sos daging dan sos putih. Taburkan sedikit keju
parmesan (sekiranya memakai keju parmesan ianya boleh ditarik seperti pizza)
atau cheddar.
11. Bakar dengan suhu 190c selama 40 minit atau sehingga perang atasnya.


NOTA PENTING

Lasagne hendaklah di rebus sehingga sedikit lembut. Proses merebus lasagne hendaklah dilakukan dengan memasukkan lasagne ke dalam air menggelegak yang dicampur sedikit minyak masak. (Bagi tujuan supaya lasagne tu nampak berkilat) dan jumlah yang akan direbus pada satu-satu masa cuma 3-4 keping bergantung kepada saiz periuk. Kalau terlalu banyak lasagne akan melekat sesama sendiri.

Sos daging juga hendaklah jangan terlalu pekat untuk membantu proses memasak lasagne.

Saya pasti ianya akan menjadi makanan kesukaan anda sekeluarga. Selamat mecuba.

TIDUR

Tidur ada yang membawa kebaikan ada juga yang membawa keburukan. Banyak tidur boleh mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan cepat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang bermanfaat, ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Tidur yang bermanfaat adalah tidur ketika diperlukan. Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Dibimbangi tertinggal waktu sembahyang subuh kerana tidur lewat malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di waktu pagi atau waktu petang. Tidur pada tengah hari amat digalakkan walaupun sekejap kerana dapat memberikan kesegaran pada badan. Tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari adalah tidak digalakkan kerana waktu itu adalah waktu awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibahagi-bahagikan rezeki, saat diberikan barakah. Begitu juga tidur waktu petang tidak digalakkan boleh menyebabkan cepat lupa serta malas.