Selasa, 30 Disember 2008

SETIAP PERTEMUAN PASTINYA ADA PERPISAHAN

Hari ini bermulanya episod baru dalam hidupku. Saya kini menjadi surirumah professional. Tidak lagi dateline yang menungguku. Yang ada hanyalah teriakan ibu..ibu..ibu.. Tiada lagi meeting yang perlu saya "attend". Yang ada hanyalah soalan "Bila kita nak pergi taman ibu?". Tiada lagi deringan telefon daripada vendor yang bertanyakan tentang payment mereka. Oooo leganya terasa seolah-olah sebahagian daripada bebanan di kepala ini hilang. Namun yang saya sedihkan kerana saya tidak sempat untuk menghulurkan tangan memohon ampun dan maaf kepada rakan2 sekerja terutamanya staff dibawah seliaan saya iaitu Sapri dan Bob. Kak Sarah memohon ampun dan maaf di atas segala silap dan salah kak Sarah. Kelemahan diri kak sarah sendiri yang menyebabkan Kak Sarah selalu marah-marah. Halalkan segala makan, minum dan kalau2 ada yang terhutang. Kak Sarah bersyukur ke hadrat Illah kerana telah dikurniakan 2 orang staff yang begitu dedikasi dan rajin seperti kamu berdua. Terima kasih banyak atas segala bantuan yang kamu berdua berikan didalam memastikan kak Sarah dapat menyiapkan tugasan-tugasan kak Sarah. Setiap pertemuan adanya perpisahan begitu juga dengan kita. Maaf kerana tak sempat nak belanja makan. Rezeki kak Sarah hanya setakat di sini sahaja. Kak Sarah doakan semoga kamu berdua sentiasa berada di bawah rahmat Allah s.w.t. dan dimurahkan rezeki. Kepada sahabat-sahabat yang lain yang saya tak sempat memohon ampun dan maaf diruang ini saya mengambil kesempatan andainya sepanjang persahabatan kita saya ada menguriskan hati mana-mana pihak. Almaklumlah mulut saya ini lebih laju daripada apa yang saya fikirkan setelah bercakap baru terfikir almak saya dah sakitkan hati orang. Hati saya pun cepat mengumpat orang. Maafkanlah kesalahan saya yang sentiasa menguris hati kalian semua, yang mengumpat kalian sama ada saya sedari ataupun tidak, yang meminjam duit kalian yang saya terlupa nak bayar halalkan yea. Apa yang saya termakan dan terminum juga mintak halalkan. Saya tujukan pada semua sahabat saya iaitu kak Liza, Hasman, Aziz, Syahrel, Mariam, Yan, Kak Ju, Effa, Kak Yati, Hilyah, Robayah, Ruby, Aida, Khalid, Eliza, Jamrin, Kak Majidah, Zairol, Abang Zul, Abang Hamdan, Shah,Abang Man Shamsudin,Abang Man Omar, Kak Aisyah, Aisah, Dayang, Kak Mas, Ramlah, Fiza, Kak Ani, Murniwati, Umi, Dzul, Encik Hamden, Apai, Kak Ton, Kak Mazidah, Shidah, Kak Atikah. Kepada sahabat-sahabat IT yang banyak membantu saya dapat menyiapkan tugasan seperti Encik Ku Abdullah, Ku Azhar, Zati, Kak Ros, Laila, Mela, Eliza, Isz,Kak Jas, Suhada, Azila, Wani, Hawa, Za, Nora, Wani, Aisah,Kak Niza, Jamilah, Awin, dan semuanya. Semoga persahabatan kita tidak akan terputus setakat ini. Kepada semua yang mengenali saya, ampun dan maaf saya pohonkan andainya saya juga ada menyakiti hati kalian....
Terima kasih di atas segala pertolongan kalian sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kenangan selama 9 tahun akan tetap terpahat di ingatan ini. Terima kasih......

2 ulasan:

WE UNDERSTAND,WE CARE berkata...

Assalamu'alaikum,

Syabas dan Tahniah...jln ini sebenarnya dah termaktub sejak azali lg. Manusia ibarat 'patung' yg di 'remote' oleh Allah kecuali kuasa doa yg di makbulkan oleh Yang Maha AGUNG lagi BESAR.Ilmu Tauhid mengajar kita agar yakin atas apa yg telah di tentukan (acuan) ini dan PASTInya ada HIKMAH yg tersirat lagi tersurat. Saya dah alaminya dan TERIMA KASIH kpd YG Maha ADIL kerana acuanMU mmg terbaik buat setiap insan yg dalam pemerhatian taufik dan hidayat lagi kasihMU.

Abu Shahmi berkata...

Walaupun hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah telah lama berlalu, namun Hijrah masih tetap perlu dilakukan. Apa yang hang buat ni Sarah adalah satu bentuk Hijrah. Ganjaran seorang isteri khidmat sepenuh masa pada keluarga, masya Allah amat besar. Maha suci Allah yang tak pernah jemu memberi ganjaran pada hambanya.