Selasa, 4 Ogos 2009

PENGORBANAN GURU TADIKA




Hari ini genaplah 7 bulan aku mengajar di sekolah Tadika Anakku Bijak Cergas. Aku menyaksikan sendiri perkembangan anak-anak murid ku yang berumur 4 tahun. Dulu suka menangis, kini dah menjadi pelajar yang paling rajin membantuku di sekolah.
Daripada tidak tahu memegang pensil sekarang sudah pandai menulis nombor 1 sehingga 5. Bahkan sudah pandai menulis huruf Aa sehingga Ll. Terharunya aku. Anak-anak muridku seramai 11 orang sudah ramai yang pandai menulis, mengira dan membaca. Mereka sudah boleh membaca dua suku kata. Alhamdulilah.......
Aku teringat kata-kata bekas teman sekerja ku dahulu "Anak siapalah yang malang mendapat kau sebagai guru". Aku menganggap kata-kata itu sebagai dorongan untuk ku buktikan bahawa anak-anak murid ku boleh ku didik menjadi anak-anak yang bijak dalam agama, baik akhlaknya serta pandai. Apakah benar kata-kata bekas rakan sekerja ku dahulu.....??? Persoalan itu hanya dia yang mampu menjawabnya. Yang ku pasti....aku ini guru kesayangan mereka, sehingga guru besar sekolah ku pun pernah berkata "Sayang sungguh kamu yea dengan Cikgu Sarah". Dan anak-anak muridku menjawab dengan senyuman manis mereka.....
Bagaiku pengorbanan guru tadika dalam mendidik anak-anak muridnya mengenal huruf, mengenal nombor, menulis, mengira serta membaca tidak terbalas. Bahkan kini baru ku mengerti sebenarnya pengorbanan guru tadika adalah yang paling besar. Mereka mengajar kita serta anak-anak kita mengenal huruf, mengenal nombor dan membaca suku kata....
Tetapi aku sudah lupa nama guru tadikaku... Almaklumlah aku hanya sekolah tadika kemas.... Aku paling suka pergi sekolah bila time makan....... Itu jer kenangan mengenai sekolah tadika yang ku ingat. Seperti yang sering ku katakan pada anak-anak murid ku . "Apa yang penting". moga Allah mencucuri rahmat ke atas jasa guru tadika ku dulu.

2 ulasan:

hashanim berkata...

has tak penah pegi tadika.. belajar kat umah jer.. huhuhu..

mcm mana pun, terima kasih kat pak ngah nan yg mengajar has hingga boleh membaca newspaper pada umur 7 tahun.. (sambil mengajar di tangan kanan dia ada rotan.. huhuhu)

Sarah Samah berkata...

Salam Has

Terima kasih kerana berkongsi cerita.
Jasa Pak ngah nan sentiasa di kenang.

Jaga diri baik-baik...