Sabtu, 9 Mei 2009

Pengorbanan Tiada Tolok Bandingan



Hari ini aku didakap oleh anakku sambil mengucapkan "Selamat Hari Ibu". Hatiku terasa terusik lantaran aku tidak bisa lagi merasai pelukan ibuku apatah lagi mendengar suaranya memanggil namaku "Adik!Adik!Adik". Ya!Allah berilah aku kekuatan menghadapi musibah ini dan moga-moga aku redha dengan takdir yang menimpa diri ibuku.

Ibuku sudah terlantar sakit terbaring tanpa boleh bergerak dan bercakap. Lebih kurang 4 tahan 8 bulan ibuku sakit akibat "stroke" kerana sakit darah tingginya. Ini menyebabkan ibuku lumpuh seluruh badan buat kali kedua. Waktu serangan pertamanya iaitu 22/9/2002 hanya sebelah kanan sahaja boleh bergerak. Kena serangan yang kedua terus ibuku tidak boleh bergerak lagi. Ibuku juga makan melalui tiub yang dimasukkan terus ke dalam perut. Ibuku tidak dapat merasai nikmat makanan kesukaannya seperti puding karamel dan juga putu bambu. Apa yang ibuku makan hanyalah nasi yang diblend, susu ensure dan cereal sipirulina. Air kencing ibuku juga disalurkan melalui tiub. Setiap kali orang melawat ibuku mereka kata seumpama mayat hidup.... Meruntun hatiku bila dengar orang berkata begitu. Namun aku yakin Ibuku adalah insan terpilih kerana itulah Allah memberinya sakit sedemikian rupa. Bak kata ustaz ada 2 golongan yang Allah memberi sakit sedemikian rupa:-
1). Ianya mengampunkan dosanya dan juga meningkat iman ahli keluarganya
2). Ingin mengangkat darjatnya keperingkat tertinggi di mana setiap doanya makbul.
Aku pasti ibuku termasuk dalam kedua-dua golongan. Insya-Allah.

Apa yang ku sedihkan kerana ibuku tidak dapat meluahkan perasaannya kepada kami umpama "Jasad Terpenjara Jiwa Terseksa". Orang lain sibuk membeli hadiah untuk ibuku. Aku hanya memikirkan cukup tak bekalan pampers ibuku, bekalan susunya dan juga cerealnya. Sudah tukar baru tiub ibuku. Itu sahaja yang terlintas di kepala otakku. Tiada bunga atau makan malam yang dapat ku hadiahkan kepada ibuku. Hanya titipan doa semoga ibuku sihat seperti biasa.

Sempena Hari Ibu nie (tiap-tiap hari, hari ibu) ambillah kesempatan mengunjungi ibu bukan wang ringgit yang diharapkan hanya sedikit masa dan perhatian tanda kasih kita kepada ibu. Buat mereka yang tiada ibu, panjatkanlah doa setiap kali solat semoga ibu kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Kepada ibu, walaupun ibu tidak boleh meluahkan kata-kata, namun anakmu yakin ibu pasti mengerti apa yang berlaku disekeliling ibu. Maafkan anakmu ini buat yang kesekelian kali kerana tidak dapat menjadi anak yang terbaik. Semoga Allah memberi kekuatan kepada ibu untuk menghadapi setiap dugaan dan memberikan kekuatan kepada anak-anakmu semua menghadapi dugaan ini. Semoga Allah memberi peluang kepada saya untuk menjadi peneman ibu di Makkah Al-Mukaramah tahun ini (sebagai hadiah hari ibu). Ya!Allah sembuhkan Ibuku seperti sediakala agar aku biasa menjadi penemannya untuk menjadi tetamumu yang paling istimewa.

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu-Ibu di dunia dan sesungguhnya pengorbanan kalian tiada bandingannya. Dan sesungguhnya setiap hari adalah hari Ibu. Ibukan seperti matahari. Ibulah penyeri hidup kami.

2 ulasan:

CM berkata...

salam..Pn sarah

amat terkesan dihati saya pada pelawat-pelawat orang sakit yang kerap melemparkan kata-kata negatif.Nabi mengajar doakan kebaikan pada yang ditimpa musibah bukan ulasan keras dan celupar yang melemahkan jiwa orang yang sakit,kalau rasa nk mengulas cam tu tak perlu datang melawat.

Bersabarlah moga segala ujian ini mendekatkan ibu dengan Allah,dan lambang kasih sayang Allah yang kita tak boleh faham.Doa tulus dari saya ibu puan akan sembuh seperti dahulu.Insyaallah.

Sarah Samah berkata...

Salam Cikgu Mas

Terima kasih di atas doa cikgu. Moga berkat doa cikgu ibu saya sembuh dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.